Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
AKIBAT tidak percaya dengan hasil ujian doktor yang mengatakan anaknya, Mustaffa Kamal Bashar, ketika itu baru berusia 16 tahun, mengalami penyakit buah pinggang peringkat akhir, Shaliha Mohamed dan suami, Mohamad Fauzi mendapatkan pandangan dua pakar pusat perubatan swasta.
Hanya selepas pengesahan pakar kedua baru mereka akur dengan takdir Allah. Namun jauh di sudut hati, mereka sedih dengan nasib yang menimpa Mustaffa. Kesedihan ini lebih terasa apabila melihat Mustaffa sukar menerima hakikat itu.
Kata Mustaffa, ketika bermain bola sepak dia tiba-tiba terasa lemah sehingga tidak boleh berdiri. Melihat keadaannya, guru asrama segera membawa Mustaffa ke hospital dan di situ dia diberitahu buah pinggangnya rosak.
?Walaupun ketika itu saya tidak tahu mengenai penyakit buah pinggang, berita berkenaan buat saya sedih. Memang pada mulanya saya tidak boleh terima hakikat ini kerana saya aktif dalam sukan.
?Malah, ibu bapa juga tidak percaya hinggalah dua pakar mengesahkannya. Ketika itu baru saya sedar, penyakit ini akan mengubah kehidupan saya. Sejak hari itu saya mula dikelilingi pelbagai jenis ubat, jarum suntikan, tiub dan kesakitan,? katanya.
Kesihatannya merosot dengan cepat dalam masa tiga bulan. Badannya menjadi kurus dan sekali lagi dia dirujukkan ke hospital. Hasil pemeriksaan, Mustaffa dinasihatkan menjalani rawatan hemodialisis bagi meneruskan hidup.
Sejak itu juga dia mula mengenali mesin dialisis darah. Berulang alik setiap Selasa, Khamis dan Sabtu ke pusat hemodialisis sedikit sebanyak melunturkan semangatnya untuk belajar. Apatah lagi apabila membandingkan dirinya dengan rakan sebaya yang lain.
Bagaimanapun, sokongan ibu bapa, adik beradik, kawan dan nasihat doktor menguatkan azamnya untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2000.
?Selepas setahun menjalani hemodialisis, doktor menyarankan saya mencuba kaedah dialisis peritoneal (CAPD) yang boleh dilakukan di rumah. Saya bersyukur kerana kaedah ini membolehkan saya merancang masa dengan lebih baik. Malah, saya berpeluang melakukan pelbagai aktiviti dulu, termasuk bermain bola sepak,? katanya.

CAPD bagai membawa cahaya baru dalam hidupnya. Dia kini mampu menguruskan masa dengan baik kerana rawatan dialisis boleh dilakukan sendiri di rumah.
Baginya CAPD sangat mudah. Walaupun dialisis perlu dilakukan empat kali sehari, setiap sesi hanya mengambil masa 30 minit berbanding empat jam bagi hemodialisis biasa.
Mustaffa menjalankan dialisis setiap enam jam iaitu pada waktu pagi, tengah hari, petang dan sebelum tidur. Sebagai orang yang aktif, CAPD memang sesuai untuknya. Dia boleh pergi ke semua kuliah, kelas perbincangan dan melakukan pelbagai aktiviti.
Beliau yang ditemui pada majlis pelancaran laman web ?Kebebasan Untuk Hidup? kelolaan bersama Persatuan Nefrologi Malaysia (PNM) dan Baxter Healthcare juga mengaku CAPD memudahkan pergerakannya ketika itu sebagai mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam jurusan seni bina. Hadir sama, Pengurus Negara Baxter Healthcare Malaysia, Anish Bafna.
Bahkan dia juga boleh menjalankan projek tahun akhir di Jogjakarta, Indonesia tanpa masalah. Siapa sangka, pesakit buah pinggang kronik sepertinya masih aktif bermain bola sepak, badminton dan futsal.

Menurut Presiden PNM, Dr Tan Chwee Hoon, walaupun masalah kegagalan buah pinggang dan penyakit yang berkaitan dengannya seperti kencing manis semakin meningkat, kesedaran orang ramai mengenai perkara ini masih rendah.
Di Malaysia, lebih 2,500 pesakit dilaporkan mengalami kegagalan buah pinggang peringkat akhir setiap tahun dan kadar ini semakin meningkat. Sehingga kini seramai 13,000 pesakit terpaksa menjalani hemodialisis untuk meneruskan hidup dan kebanyakan kes kerana kegagalan buah pinggang.
?Malaysia mencatat peratusan tertinggi dalam jumlah pesakit yang mendapat kencing manis akibat kegagalan buah pinggang. Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mengkelaskan kegagalan buah pinggang sebagai isu kesihatan sejagat kerana boleh berlaku pada sesiapa tanpa mengira usia.
?Pengesanan awal dengan menjalani tiga pemeriksaan mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta tekanan darah boleh merendahkan risiko kegagalan buah pinggang.
?Jika dikesan awal, kerosakan buah pinggang boleh diperlahankan dengan rawatan sewajar,? katanya.

Justeru, pembangunan laman web berkenaan penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat. Ia mengandungi pelbagai maklumat mengenai penyakit buah pinggang, termasuk gejala awal, golongan berisiko, nasihat untuk penjaga dan ahli keluarga, kaedah rawatan serta soalan yang sering ditanya.
Pengunjung laman web juga boleh mengemukakan kemusykilan dengan menghantar soalan mereka untuk dijawab pakar nefrologi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh menghubungi talian 03-2282 9955 atau layari laman web www.freedomtolive.com.my. Bagi yang ingin bertanya, boleh hantarkan soalan ke enquiry@freedomtolive.com.my
No comments:
Post a Comment