Friday, October 29, 2010

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN AIR


Pencemaran air boleh dikategori/berpunca daripada punca-punca tetap dan punca-punca tidak tetap (non point). Punca-punca tetap termasuklah loji rawatan kumbahan, industri pembuatan, industri berasaskan pertanian dan ladang khinzir. Punca tidak tetap (non point) pula didefinasikan sebagai sumber–sumber yang tidak berpunca dari satu titik pelepasan tertentu seperti daripada aktiviti pertanian dan air larian permukaan.
Pada tahun 2007, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah merekodkan sebanyak 19,320 punca-punca pencemaran air. Ianya merangkumi  loji rawatan kumbahan iaitu sebanyak 9,337@48.3% termasuk 640 stesen rangkaian pam, industri pembuatan 8,708@ 45.1%, ladang khinzir 779@ 4.0% dan industri berasaskan pertanian 485@2.5%.

JAS telah mengumpulkan statistik berhubung punca-punca pencemaran air dari industri pembuatan dan industri berasaskan pertanian melalui lawatan lapangan dan soal selidik. Jumlah keseluruhan punca pencemaran air dari kedua-dua industri ini hádala sebanyak 9,204 punca di mana Selangor telah mencatatkan bilangan punca yang paling tinggi iaitu sebanyak 1,956 @  21.25%.
 

No comments:

ORDER FORM

Name:

PRODUK PILIHAN ANDA

Email Address:
PRODUK PILIHAN ANDA
ALAMAT PENGHANTARAN & NO UTK HUBUNGI

This HTML form was created by Freedback.